Saturday, February 2, 2008

KALIGRAFI ARAB














ASAL USUL KALIGRAFI DAN PERKEMBANGANNYA HINGGA PADA MASA ZAMAN

SEKARANG

Pendahuluan.

Seni khat merupakan seni yang mengandungi keindahan astatika yang paling penting dalam islam.

Ia lahir dan membesar di bawah naungan tulisan Arab yang berada dalam lengkaran tamadun islam,pada mulanya di gunakan sebagai alat untuk mendapatkan pengetahuan dan penyampaian pendapat,tetapi setelah seni khat dipakaikan dengan pakaian kudus ,kerana ia di gunakan untuk menulis ayat-ayat suci Al-quran maka di perelokkan lagi sesuai untk mencatat ayat-ayat suci itu,kemudian ia telah bertukar menjadi seni yang menghiasi lembaran buku,dinding,lelangit masjid,bangunan besar dan lain-lainnya.

Penulis-penulisseni khat di seluruh alam islam juga telah berikhtiar memperelokkannya dengan melahirkan berbagai-bagai bentuk yang kebanyakannya sudah tidak di gunakan lagi dan yang tinggi pada masa ini hanya contoh-contoh inskripsi dan skrip di dalam buku-buku dan warisan sejarah, di kecualikan beberapa jenis diantaranya Kufi, Thuluth,Nasakh, Ruq’ah, Parisi (Ta’liq atau Nasta’liq) Dewani, Dewani jail ,Ijazah dan Muhaqqaq (yang paling kurang di gunakan).

Di samping itu juga, seni khat juga telah melahirkan pelbagaian ilmu sampingan di antara nya ilmu mengenai alat tulis, ilmu kaedah menulis, ilmu memperelokkan tulisan, ilmu cara mengenali asal huruf, ilmu menyusun huruf Hija,ilmu rencana perkataan Arab,ilmu seni khat Mushafi dan ilmu seni khat ‘Arudh.

DEFINISI KITABAH , KHAT DAN QALAM

Kitabah (tulisan ) di kenali pada zaman permulaan Islam dengan huruf-huruf yang dimajukan oleh bangsa Arab di Hijaz daripada huruf Nabataea. Tulisan ini terdapat dalam bentuk asalnya di mana ia tidak dapat dibezakan antara huruf-huruf lembut dan keras, kerana masih belum mempunyai bentuknya yang tersendiri.

Khat menunjukkan suatu bentuk tulisan yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikajikan dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni ini. Memandangkan tulisan Arab pada zaman permulaan Islam tidak mempunyai bentuk rupa yang tertentu hingga ke akhir abad 1 hijrah( 7 Masihi), justeru tak dapatlah kita namakan tulisan di peringkat awal itu dengan perkataan khat, kerana khat itu sendiri terikat pada bentuk seni yang mempunyai ukuran dan kaedah yang telah mempunyai ukuran dan kaedah yang telah ditentukan sama ada huruf berbentuk keras bersudut yang di kenali khat Kufi atau huruf lembut kebulat-bulatan yang di kenali dengan khat Thuluth dan Nasakh.

Qalam berarti khat dan qalam juga berarti pena iaitu alat yang bermata pena diperbuat dari buluh atau seumpamanya untuk menulis dengan menggunakan dakwat.

TULISAN ARAB SEBELUM ISLAM

Walaupun kurang terdapat inskripsi yang ditulis dengan huruf Arab atau yang hampir sama dengan nya, namun inskripsi Nabataea di Utara Hijaz dan sepanjang jalan kafilah ke Damsyik seperti inskripsi Umm Al jimal 250M dan inskripsi Al Namarah 328 M, menunjukkan bahawa telah berlaku perkembangan evolusi tulisan Nabataea Aramania kapada bentuk tulisan arab , dan tulisan arab ditulis dengan Al-Quran Al karim adalah tulisan yang berasal dari tulisan Nabataea . Ini menunjukkan bahawa tulisan ini sudah dikenali di Semenanjung Tanah Arab sebelum Islam kira-kira abad ke 5 M, melalui pelbagai sumber yang telah dibawa masuk oleh ahli-ahli perniagaan quraisy, tulisan ini dikenali dengan tulisan Nabati, Hiri dan Anbari digunakan bagi tujuan terhad seperti catatan berkenaan dengan perjanjian, persetiaan di antara perseorangan dan suku kaum atau memperkuat lagi.

SENI KALIGRAFI

Pengertian Khat dari segi bahasa yaitu memindahkan idea-idea dari alam pemikiran kepada alam nyata atau material seperti kertas,kulit dan sebagainya yang melalui hasil kerja pena dan tangan. Sesetengah ahli bahasa menyamakan makna khat dengan tulisan, simbolik , pernomboran, kaligrafi dan hireografi . Dan dari segi Istilah adalah menggambarkan lafaz-lafaz dan ibarat dalam bentuk-bentuk huruf alphabet (huruf-huruf ejaan) mengikuti hukum-hukum tertentu seperti tataletak, bentuk, tanda berhenti, penyusunan dan sebagainya (takrif pengarang jam’ul Jawaami)

No comments: